Sukan Sea: Gugur Acara, Malaysia Tidak Kemuka Rayuan Kepada Myanmar

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan mengemukakan rayuan kepada Myanmar selaku tuan rumah Sukan SEA 2013 berhubung acara sukan tenis dan gimnastik yang tidak dipertandingkan pada temasya itu hujung tahun ini.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Myanmar dan tidak akan membuat bantahan mengenai perkara tersebut.

"Kedua-dua acara sukan ini tidak disenarai pada Sukan SEA 2013 kerana kuota 33 jenis sukan termasuk tiga sukan yang tersenarai dalam Sukan Olimpik iaitu badminton, ping pong dan hoki yang sebelum ini digugurkan sudah dimasukkan semula.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan apa yang telah ditetapkan oleh tuan rumah," katanya.

Mengulas lanjut, Kok Chi berkata sudah menjadi lumrah kepada negara tuan rumah untuk menyenarai acara sukan yang membolehkan mereka meraih seberapa banyak pingat pada temasya dwitahunan itu.

"Jika kita lihat, bukan hanya Myanmar menjadikan peluang ini untuk mereka muncul juara, negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina sebelum ini juga melakukan perkara yang sama.

"Jadi, ini (menyenarai sukan yang berpihak kepada Myanmar) memberi mereka kelebihan untuk memenangi lebih banyak pingat," katanya.

Pada Sukan SEA 2013, Myanmar bercadang menyenarai acara-acara sukan 'pelik' yang tidak begitu dikenali di Malaysia seperti vovinam, tarung derajat, kempo serta petanque.

Ditanya sama ada MOM akan mengemukakan cadangan kepada Persekutuan Sukan SEA (SGF) agar tuan rumah Sukan SEA akan datang tidak menyenarai sukan 'pelik' pada temasya itu, Kok Chi berkata pihaknya tidak akan berbuat demikian.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan