Malaysia Buka Tirai Jumpa Korea Selatan

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membuka tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 dengan menentang bekas juara Korea Selatan di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, pada 9 Mac ini.

Malaysia, yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington, mempunyai peluang menebus kekecewaan separuh akhir Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, bulan lepas, apabila tumpas 6-3 pada lawannya itu.

Selepas itu, Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan New Zealand pada hari berikutnya, menurut laman web kejohanan, www.azlanshahcup.com. pada Rabu.

Sebanyak enam pasukan akan bertanding pada kejohanan kali ini dengan juara lima kali, Australia, kembali semula selepas tidak beraksi tahun lepas.

Pasukan lain ialah Pakistan dan India. Jadual Pertandingan:

9 Mac - New Zealand mln Pakistan (4.05 petang), Australia mln India (6.05 petang), MALAYSIA mln Korea Selatan (8.05 malam)

10 Mac - Australia mln Pakistan (4.05 petang), Korea Selatan mln India (6.05 petang), MALAYSIA mln New Zealand (8.05 malam)

11 Mac - REHAT

12 Mac -Korea Selatan mln New Zealand (4.05 petang), India mln Pakistan (6.05 petang), MALAYSIA mln Australia (8.05 malam)

13 Mac - REHAT

14 Mac - Australia mln Korea Selatan (4.05 petang), New Zealand mln India (6.05 petang), MALAYSIA mln Pakistan (8.05 malam)

15 Mac - REHAT

16 Mac - Korea Selatan mln Pakistan (4.05 petang), Australia mln New Zealand (6.05 petang), MALAYSIA mln India (8.05 malam)

17 Mac - Perlawanan Tempat ke-5/6 (3.35 petang); Tempat ke-3/4 (6.05 petang); Perlawanan Akhir (8.35 malam). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan