22 Pasukan Sedia Berentap Dalam Le Tour De Langkawi 2013

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima pasukan berstatus profesional World TOur adalah antara 22 yang bakal berentap dalam edisi ke-18 kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, yang akan memulakan cabaran dari 21 Februari hingga 2 Mac ini.

"Jelajah ini tidak pernah mencapai jumlah pasukan dari kelompok World TOur sebanyak ini sejak 2007. Ditambah dengan kualiti pasukan Pro Continental seperti Europcar yang hadir bersama Pierre Rolland, jelas kami mempunyai senarai pasukan yang terbaik dalam sedekad ini.

"Kini, tiba masa bagi pelumba untuk memperagakan persembahan dan peluang bagi pelumba dari kelompok bawahan untuk memberi cabaran kepada pasukan bertaraf World Tour," kata Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pasukan muka baru dalam LTdL adalah bekas pasukan yang dahulu dikenali sebagai Rabobank yang kini tampil dengan nama baharu Blanco, Omega Pharma-Quick Step dan Orica-GreenEdge manakala Garmin-Sharp dan Astana kembali buat tahun kedua berturut-turut.

"Penyertaan buat tahun kedua berturut-turut sangat bermakna kepada kami. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat menghargai kualiti penganjuran kami. Mereka juga mengulangi komitmen jangka panjang dengan LTdL," kata Emir.

LTdL 2013, yang membawa slogan 'The Heat is On' atau 'Bahang Kian Terasa' akan bermula secara rasmi di Kangar pada 21 Februari dengan 10 peringkat perlumbaan dan jarak keseluruhan sejauh 1469.7 kilometer.

Jelajah ini dinaungi Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) sebagai perlumbaan berstatus 2.HC (Hors Classe) dalam kalendar UCI Asia Tour, dan ia dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Edisi ke-18 ini bukan sahaja dianggap istimewa dan bermakna kerana kembali ke tempat kelahiran penuh legenda di Pulau Langkawi, tetapi juga melibatkan dua laluan pendakian yang mencabar di Cameron Highlands dan Genting Highlands. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan