Isu Visa Azizulhasni Akan Diselesaikan Segera - Naim

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan kelewatan mendapatkan visa oleh pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang akan cuba diselesaikan segera, kata Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad.

"Petang ini saya akan membuat susulan dengan pihak kedutaan Australia di sini. Sebelum ini, saya juga telah mendapatkan bantuan daripada pihak Kementerian Luar untuk mempercepatkan urusan mendapatkan visa untuk Azizul (Mohd Azizulhasni).

"Kalau boleh, kita (PKBM) mahu segala urusan dapat diselesaikan dengan segera sebelum hujung bulan ini kerana kita tidak mahu program latihannya terganggu," katanya.

Menurut Naim, pihaknya mahu Mohd Azizulhasni dapat meneruskan latihan bersama ketua jurulatih skuad berbasikal negara, John Beasley di Melbourne, Australia bulan depan, memandangkan beliau juga akan memulakan semester baru pengajiannya pada Februari.

"Persiapan beliau untuk Kejohanan Berbasikal Asia (Asian Cycling Championship) sedikit terjejas dan beliau akan memulakan program latihan agak lewat daripada pelumba-pelumba lain yang sudah berada di Melbourne.

"Jika urusan visa itu dapat diselesaikan dengan segera, Azizulhasni boleh bersiap sedia dengan lebih baik," kata Naim.

Mohd Azizulhasni, 25, adalah antara 13 pelumba elit lelaki yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Berbasikal Asia di New Delhi, India pada 7 hingga 17 Mac depan.

Mengikut jadual asal yang diatur oleh Beasley, Mohd Azizulhasni sepatutnya pulang ke Melbourne selepas isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada November lepas.

Bagaimanapun, masalah visa Mohd Azizulhasni masih belum selesai kerana ia agak mengambil masa berbanding sebelum ini.

Akibat daripada masalah itu, Naim berkata Mohd Azizulhasni terpaksa menjalani latihan secara bersendirian di Ipoh, Perak.

"Kita berharap dia dapat menjaga tahap kecergasan fizikal dengan baik di sini sementara menunggu masa untuk kembali ke Melbourne," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan