YKNPP Tawar RM10,000 Pada Kejohanan Boling Piala Pengerusi BN

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang (YKNPP) menawarkan hadiah keseluruhan RM10,000 untuk Kejohanan Boling Terbuka Piala Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri pada 27 Januari ini.

Pengerusi kejohanan Mohd Foad Md Isa berkata hadiah wang tunai dan piala pusingan akan diberikan kepada lima pasukan terbaik selain sebuah motosikal bagi kategori master.

Katanya orang ramai terutama golongan belia dipelawa menyertai kejohanan yang diadakan di Mega Bowling Centre, Megamall Pinang di Perai di sini dan penganjur turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah.

"Tujuan utama kita menganjurkan program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada rakan-rakan belia dan merapatkan pemimpin BN dengan golongan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Mereka yang berminat boleh terus pergi ke Megamall untuk mendapatkan borang atau muat turun di dalam laman sosial Facebook YMKPP atau hubungi nombor telefon 04-3986594 untuk maklumat lanjut dan tarikh tutup permohonan pada 21 Januari ini.

Katanya kejohanan itu turut disertai semua pemimpin BN negeri termasuk pengerusinya Teng Chang Yeow bagi memberi peluang kepada golongan belia berinteraksi secara bersemuka dengan mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan