Lebih Ramai Pelumba Dijangka Sertai Pusingan Keenam KBS-MAM-Kapcai

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyertaan yang lebih besar dijangka pada pusingan keenam KBS-MAM Kapcai Endurance Race di Litar Elite Speedway Plus di Subang Jaya, dekat sini, pada hujung minggu ini.

Tanpa sebarang akvitivi sukan permotoran ketika ini, pihak penganjur menjangka perlumbaan di Selangor itu dapat menarik penyertaan yang lebih besar dengan sesi pendaftaran bermula Jumaat ini.

"Kami menjangka penyertaan yang lebih mantap pada pusingan ini dan beberapa pasukan yang gagal layak ke Grand Finals akan kembali untuk mencuba peluang sekali lagi.

"Pada pusingan lepas di Melaka bulan lepas, sebanyak 50 pasukan mengambil bahagian," kata pengurus projek, Eizwar Supiar, yang juga presiden Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), dalam kenyataan di sini Rabu.

Perlumbaan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori bawah 100cc, bawah 120cc dan bawah 150cc dan ia terbuka kepada pelumba berusia 16 tahun ke atas.

Buat julung kali, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama MAM menganjurkan siri perlumbaan tahan lasak khusus bagi mencungkil bakat baharu dalam perlumbaan motosikal.

Bagi setiap pusingan, tujuh pasukan dalam setiap kategori akan layak ke pusingan Grands Finals di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 23 dan 24 Feb ini dan juara setiap kategori akan menerima slot automatik untuk perlumbaan Piala SIC Ninja 250 2013. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan