Perlis Sedia Jadi Tuan Rumah Dua Kejohanan Besar

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis sudah membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah kepada dua kejohanan sukan yang besar pada 2014 dan kerja pembinaan infrastruktur bagi tujuan itu bermula awal tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad.

Beliau berkata kedua-dua acara sukan itu ialah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dan Sukan Paralimpiad Kebangsaan yang akan menjadikan Perlis sebagai negeri tumpuan utama sektor sukan pada tahun itu.

Berucap pada majlis penyampaian insentif atlet sukan paralimpiad negeri 2012 di sini malam tadi, Abdul Jamil berkata ada pihak mempertikai keupayaan Perlis menganjurkan kejohanan-kejohanan tersebut, tetapi Perlis sememangnya bersedia.

Menurut beliau, mulai Januari ini kerja infrastruktur Sukma akan bermula dan mahukan persatuan-persatuan sukan bersiap sedia menyediakan atlet terbaik dan mampu membawa cabaran pada kedua-dua kejohanan itu.

Beliau berkata kos infrastruktur dan pembangunan atlet negeri ini dijangka membabitkan perbelanjaan lebih RM140 juta.

Katanya, selain Sukma ke-17, Perlis perlu menyediakan atlet paralimpiad untuk menghadapi saingan di gelanggang sendiri.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Abd Haris Ishak dalam ucapannya memuji para atlet Perlis yang telah menepati sasaran pingat pada kejohanan paralimpiad kebangsaan ke-16 di Kuantan, Pahang, selama seminggu bermula 7 Disember lepas.

Di kejohanan itu atlet Perlis membawa pulang 10 pingat emas, lapan perak dan tujuh gangsa daripada lapan acara yang disertainya dengan olahraga menyumbang lima pingat emas dalam acara boling padang (dua), tenpin boling (dua) dan futsal (satu).

Setiap atlet yang memenangi emas menerima insentif RM300 manakala perak RM200 dan gangsa RM100.

Pada majlis itu, Jabatan Belia dan Sukan Perlis menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada Kelab Media Perlis (KEMPs) sebagai menghargai petugas media yang memberi liputan pelbagai aktiviti sukan di negeri ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan