Malaysia Gagal Mara Ke Peringkat Akhir Kejuaraan Hoki Trofi Asia

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Kejuaraan Hoki Trofi Asia walaupun berjaya menewaskan juara bertahan, India 5-3 dalam perlawanan yang mendebarkan di Stadium Hoki Al Rayyan di Doha, Qatar pada Rabu.

Sebaliknya, Pakistan melangkah ke peringkat akhir buat kali kedua dengan perbezaan gol berbanding Malaysia, selepas menewaskan Jepun 5-2 dalam perlawanan sebelum itu.

Pasukan kebangsaan perlu menang sekurang-kurangnya perbezaan enam gol terhadap India bagi menempah tiket ke peringkat akhir.

Anak buah Paul Revington mendominasi permainan awal dan ia berhasil apabila Mohd Fitri Saari meletakkan pasukan kebangsaan di hadapan pada minit ke-18 sebelum Mohd Azlan Misron menambah jaringan, dua minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti.

Mohd Fitri meraih gol keduanya pada minit ke-27 menjadikan kedudukan Malaysia selesa mendahului dengan 3-0.

Penyerang kebangsaan, Mohd Faisal Saari kemudian menjaringkan gol pada minit ke-38 menjadikan kedudukan 4-0.

Birendra Lakra bagaimanapun berjaya menjaringkan gol untuk India pada minit ke-47 dan disusuli oleh SV Sunil bagi mengurangkan jurang gol pada minit ke-62.

Pemain pertahanan India VR Ragunath menjaringkan gol pada pukulan sudut penalti minit berikutnya menjadikan kedudukan 4-3.

Gol kelima jaringan Azammi Abadi pada minit ke-68 tidak banyak memberi harapan buat pasukan kebangsaan memandangkan mereka tewas 1-2 kepada China dalam perlawanan keempat mereka pada Isnin.

Pada perlawanan awal, China mengalahkan Oman 7-1.

India dan Pakistan akan bertemu di peringkat akhir manakala Malaysia berpeluang membalas dendam kekalahan terhadap China dalam perlawanan penentuan merebut pingat gangsa yang berlangsung pada Khamis.

Malaysia muncul tempat ketiga tahun lepas pada edisi pertama kejohanan itu di Ordos, China selepas menewaskan Jepun 1-0 manakala juara milik India selepas menundukkan Pakistan 4-2 menerusi penentuan pukulan penalti. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan