Sukma: Had Umur Penyertaan Acara Gimnastik Dikaji

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) akan mengkaji had umur penyertaan atlet bagi acara gimnastik pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 tahun depan, kata Setiausaha Kehormat MGF N.Shanmugarajah.

Beliau berkata antara sebab had umur itu dirombak kerana adanya acara yang tahap kesukarannya tidak dapat dilakukan oleh gimnas berdasarkan syarat dan peraturan ditetapkan masa ini.

"Pada masa sekarang, had umur acara gimrama ialah dari 12 hingga 15 tahun, acara artistik perempuan dari 12 hingga 21 tahun manakala artistik lelaki ditetapkan dari 13 hingga 21 tahun.

"Jawatankuasa Teknikal MGF akan mengadakan mesyuarat bulan depan bagi menyelaras had umur penyertaan acara gimnastik untuk Sukma 2013," katanya.

Sukma ke-16 bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai di Kuala Lumpur melibatkan 19 acara sukan.

Shanmugarajah berkata acara artistik akan dipertandingkan di Kuala Lumpur manakala gimrama akan diadakan di Perlis berikutan kekurangan kemudahan sukan berkenaan di sini.

Sementara itu, beliau berkata gimnas elit negara giat menjalani latihan bagi menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar, yang merupakan kejohanan utama bagi skuad gimnastik kebangsaan tahun depan.

Beliau berkata persiapan itu juga sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan kelayakan Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan