Raihan Tekad Buat Penampilan Semula Pada Sukan Sea 2013

Diterbitkan: Rabu, 26 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas atlet angkat berat wanita kebangsaan Raihan Yusoff bertekad untuk membuat penampilan semula pada Sukan SEA 2013 di Myanmar selepas tempoh penggantungan terhadapnya tamat November tahun depan.

Raihan menaruh harapan tinggi untuk mewakili negara pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung pada Disember tahun depan setelah sekian lama tidak menyertai sebarang pertandingan.

"Saya menyasarkan untuk menyertai Sukan SEA buat kali ketiga di Myanmar selepas tempoh penggantungan saya tamat. Namun saya menyerahkan kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berhubung nasib saya ini," katanya.

Pemenang pingat gangsa acara 53kg Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India itu dikenakan penggantungan dua tahun dan didenda US$5,000 (RM15,100) oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) setelah gagal dalam ujian anti-doping ketika menyertai Kejohanan Dunia Kelayakan Olimpik di Paris pada November 2011.

Raihan yang kini bertugas di Kem Tentera Darat Batu 5, Mentakab, Pahang berkata sepanjang tempoh penggantungan tersebut, beliau tidak menjalani latihan intensif kerana kesibukan tugas sebagai anggota tentera.

"Memang ada kelengkapan bersenam di gimnasium di sini (Mentakab) namun tiada peralatan angkat berat disediakan. Kesibukan bekerja juga membataskan saya untuk menjalani latihan intensif seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Ditanya mengenai kemelut yang melanda PABM ketika ini, Raihan berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera bagi memastikan persediaan atlet untuk menghadapi kejohanan-kejohanan utama pada tahun depan tidak terjejas.

Untuk rekod, anak jati kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu meraih tempat keempat pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand dalam kategori 58kg sebelum merangkul pingat perak dalam acara 53kg pada Sukan SEA 2009 di Laos.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan