Kejayaan di Laos Hasil Program Yang Dirancang - Khaled Nordin

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kejayaan luar biasa kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos yang berakhir semalam, membuktikan segala program pembangunan sukan yang dirancang dan dilaksanakan di institusi pengajian tinggi semakin menampakkan impak positif.

Sambil mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan atlet terbabit, beliau berkata usaha tersebut akan diteruskan bukan sahaja untuk mengekalkan kejayaan yang dikecapi malah bagi meningkatkan mutu pencapaian atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat lebih tinggi.

"Melalui Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi, kita telah melaksanakan pelbagai program seperti pengwujudan Pusat Kecemerlangan Sukan dan Pusat Sukan Tumpuan, penganjuran kejohanan utama kementerian untuk sukan terpilih, penganjuran SUKIPT (Sukan Institusi Pengajian Tinggi) dan penyelidikan sains. "Selain itu, hubungan yang erat dengan pelbagai agensi sukan seperti Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara juga sangat membantu kepada kejayaan ini," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Kontinjen Malaysia mencatat sejarah baharu pada temasya AUG apabila buat pertama kalinya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan lebih manis kejayaan itu diraih di luar negara.

Barisan atlet IPT negara meraih 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.

Mohamed Khaled berkata kejayaan kontinjen Malaysia itu melambangkan semangat 'Malaysia Boleh' sekali gus memberi keyakinan bahawa negara tidak ketandusan atlet IPT yang cemerlang.

"Saya melihat kejayaan cemerlang di AUG kali ini akan menjadi pendorong yang sangat baik kepada atlet untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

"Mereka ini juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kerana bukan sahaja disebabkan usaha-usaha mengharumkan nama negara dalam bidang sukan tetapi juga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan