Skuad Olahraga Lepasi Sasaran, Raih 11 Pingat Emas Di AUG

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Meskipun gagal muncul juara keseluruhan, skuad olahraga tetap berpuas hati menyumbang 11 emas, 10 perak dan enam gangsa buat kontinjen negara di Sukan Universiti Asean (AUG), di trek Stadium Kompleks Sukan Nasional Selasa.

Jurulatih Muhammad Malik Ahmad Tobias berkata skuad olahraga melakar kejayaan tersendiri apabila melepasi sasaran pingat emas yang ditetapkan dan menyifatkannya pencapaian terbaik skuad dalam temasya dwitahunan itu.

"Kita letak sasaran sembilan pingat emas sahaja, tetapi kita capai 11, memang satu kejutan. Saya lihat ramai atlet kita berjaya membuat catatan peribadi terbaik pada musim ini.

"Hari ini kita memang sudah jangka sukar untuk merebut pingat emas, kita sasarkan Jironi Mohd Riduan meraih pingat emas dalam acara 1,500m lelaki, tetapi tersasar, bagaimanapun pasukan tetap berpuas hati dengan pencapaian atlet," katanya kepada pemberita Malaysia, di sini Selasa.

Secara keseluruhan, Malaysia di tempat kedua di belakang Vietnam yang mendominasi acara olahraga dengan 14 pingat emas, tiga perak dan enam gangsa manakala Thailand yang mengutip enam emas, 11 perak dan enam gangsa di tempat ketiga.

Pada hari ini skuad olahraga mengutip empat butir perak dalam acara 1,500 meter lelaki (Mohd jironi Riduan), 1,500m wanita menerusi (K.Ganthimathi), lompat jauh (Siti Zubaidah) dan kuartet 4x400m lelaki (Muhammad Firdaus Mazlan, Jironi Mohd Riduan, S.Kannathasan, Mohd Arif Zulhilmi) serta satu pingat gangsa dalam acara lontar peluru wanita yang disumbang Rahilah Othman.

Sementara itu prospek pingat emas, Mohd Jironi berkata beliau terkilan tidak dapat menyumbang pingat emas bagi acara 1,500m lelaki pada kejohanan yang menutup tirainya hari ini.

"Saya minta maaf dengan kontinjen," kata atlet kebangsaan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan