Skuad Wushu Raih Tiga Pingat Emas Buat Kontijen AUG - Sukan Ekstra | mStar

Skuad Wushu Raih Tiga Pingat Emas Buat Kontijen AUG

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Kelincahan Diana Bong Siong Lin memikat perhatian juri dalam acara wushu kategori Taolu Nanquan wanita yang membolehkan beliau menyumbang pingat emas buat kontinjen negara pada Sukan Universiti Asean (AUG) di sini, Ahad.

Pada acara yang berlangsung di Phonsawan School National University of Laos, Diana mempamer aksi cemerlang dan memungut 9.55 mata bagi menewaskan peserta Indonesia Alveina Monindra, yang merangkul perak dengan 9.31 mata.

Gangsa menjadi milik Ashley Tan Li Wen dari Singapura dengan 8.55 mata.

"Pertandingan hari ini tidak memberi tekanan kepada saya mungkin sebab negara lain tidak menghantar atlet elit mereka, dan ini memberi kelebihan buat saya. "Sasaran saya selepas ini ialah pingat emas dalam Kejohanan Wushu Dunia pada Oktober tahun depan, yang akan diadakan di Malaysia," kata Diana kepada pemberita.

Diana merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Doha pada 2004.

Selain Diana, Loh Jack Chang dan Chai Fong Wei turut cemerlang menyumbang dua pingat emas, masing-masing dalam acara Taolu Tajiquan lelaki serta Taolu Chanquan wanita Selain emas, wushu mengutip tiga pingat perak untuk acara Taolu Chanquan lelaki, Taolu Tajiquan wanita dan Taolu Duilian lelaki serta dua gangsa dalam acara Taolu Nanquan lelaki dan Taolu Duilian wanita. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan