Skuad Terjun Capai Sasaran, Sapu Bersih Empat Pingat Emas

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Skuad terjun negara mencapai sasaran apabila menyapu bersih empat pingat emas dan menggondol dua perak pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG 2012) yang berakhir di Pusat Akuatik Kompleks Nasional di sini.

Di kolam renang pada Sabtu, Cheong Jun Hoong merangkul pingat emas dalam acara 3m papan anjal wanita dengan catatan mata 340.05, dan menewaskan rakan sepasukannya Ng Yan Yee ( pingat perak) dengan catatan 312.40 mata.

Pingat gangsa disandang oleh Sari Ambarwati Suprihatin dari Indonesia dengan catatan mata 253.85.

Sebelum ini, penerjun Olimpik negara yang menyumbang tiga pingat emas adalah Leong Mun Yee dan Bryan Nickson Lomas. Mun Yee menyumbang dua pingat emas dalam acara 1m papan anjal wanita dan 10m platform wanita.

Manakala Bryan meraih pingat emas dalam acara 1m papan anjal lelaki.

Selain Yan Yee, Jun Hoong turut menyumbang pingat perak dalam acara 1m papan anjal wanita.

Pengurus pasukan Ariffin Mohamed Yusof berkata beliau sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh atlet apabila sasaran empat pingat emas tercapai pada acara selama tiga hari sejak Khamis lepas.

"Selepas ini kita perlu bersiap sedia untuk temasya Sukan Universiti Dunia tahun depan. Mun Yee tidak akan sertai pasukan kerana faktor umur, tetapi kita masih ada Pandelela Rinong, Jun Hoong dan Yan Yee.

"Masalah sekarang kita kekurangan penerjun lelaki, kita hanya bergantung kepada Bryan, kebanyakkan penerjun masih di peringkat persekolahan," katanya kepada pemberita di sini.

Di gelanggang Tenis Kompleks Sukan Nasional menyaksikan skuad negara meraih satu pingat perak bagi acara berpasukan wanita.

Pasukan negara, Jawariah Nordin dan Shirley Ling Shio Ling tewas kepada pasukan Thailand 0-2 pada perlawanan akhir.

Jawariah kalah kepada Peangtarn Plipuech dari Thailand, straight set 1-6 dan 4-6, manakala Shirley kalah kepada Napatsakorn Sankaew, 2-6 dan 2-6. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan