Skuad Karate Sumbang Tiga Emas Dalam Temasya AUG 2012

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Skuad karate negara menyemarakkan lagi semangat buat kontinjen negara apabila menggondol tiga emas, satu perak dan dua gangsa pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG 2012) di Gimnasium Chao Anouvong, di sini, Jumaat.

Tiga butir emas itu diraih oleh Mohd Hatta Mahamut, K.Teagarajan dan M.Mathivani masing-masing dalam acara kumite lelaki bawah 84kg, kumite lelaki 75kg dan kumite wanita bawah 61kg.

Sebagai atlet berpengalaman, Mohd Hatta nyata tidak berdepan masalah apabila menewaskan Trinh Vo Hao dari Vietnam dengan catatan mata 5-2.

Pingat gangsa diraih oleh Teguh Ganeswara Umar dari Indonesia dan Watchara Charoenpachok dari Thailand.

"Saya gembira sasaran dapat dicapai. Pada pertarungan tadi, saya agak berhati-hati sebab saingan kuat, Vietnam turut menghantar atlet yang berpengalaman. "Esok saya berharap dapat buat kejayaan dengan menyumbang pingat dalam acara berpasukan kumite lelaki," kata Mohd Hatta kepada pemberita di sini.

Teagarajan pula mengalahkan Alin Sukma Pranata dari Indonesia dengan catatan mata 5-2.

Pingat gangsa dimenangi Songvut Muntaen dari Thailand dan Nguyen Van Su dari Vietnam.

Mathivani turut mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Arm Sukkiaw dari Thailand dengan catatan mata 8-0. Pingat gangsa pula disandang oleh Selitha Palalangan dari Indonesia dan Le Thi Thuy dari Vietnam.

Sementara itu, Uriel Yu En French meraih pingat perak bagi kategori kumite lelaki 67kg manakala dua gangsa dimenangi V.Jayaseelan bagi kategori kumite lelaki atas 84kg dan M.Yokonanthini dalam kategori kumite wanita 55kg. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan