Sarawak Raih Kejuaraan Ke-10 Paralimpiad

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kontinjen Sarawak meraih kejuaraan buat kali ke-10 berturut-turut selepas memungut 72 emas, 62 perak dan 54 gangsa pada Kejohanan Sukan Paralimpiad ke-16 yang berakhir di sini, Jumaat.

Acara renang menjadi penyumbang pingat terbesar negeri itu yang mengutip 43 daripada 72 pingat emas yang dipertandingkan selain olahraga yang menyumbang 19 emas.

Kontinjen Bujang Senang itu melakar sejarah mencipta rekod kemenangan terbanyak dalam siri kejohanan sukan dwitahunan tersebut sejak 1994, selain turut memenangi Piala Semangat OKU dengan mengambil kira pengumpulan pingat paling banyak keseluruhan iaitu 188 pingat.

Johor pula dinobatkan naib juara keseluruhan dengan 62 emas, 35 perak dan 39 gangsa manakala tempat ketiga disandang Melaka yang memungut pingat 28 emas, 26 perak dan 19 gangsa.

Sementara itu, tuan rumah Pahang hanya mampu memperbaiki kedudukan di tangga keenam keseluruhan dengan memungut pingat 20 emas, 14 perak dan 16 gangsa berbanding pencapaian tempat kelapan pada kejohanan edisi lepas.

Majlis penutupan rasmi dilakukan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Peng Sieu yang turut menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kepada atlet olahraga Kedah, Amir Firdaus Jamaluddin dan atlet olahraga Sabah, Doriah Paulus.

Amir Firdaus memecahkah dua rekod Sukan Paralimpad Malaysia dalam acara 100 dan 200 meter selain memenangi pingat perak bagi acara 400 meter.

Manakala Doriah Paulus pula yang memungut tiga pingat emas, memecahkan dua rekod kejohanan bagi acara lempar cakera dan lontar peluru.

Dalam pada itu, kontinjen Kuala Lumpur yang merupakan negeri paling banyak menyertai jenis sukan iaitu 14 daripada 17 yang dipertandingkan memenangi Piala Gerakan Paralimpik Negara 2020.

Sementara itu, Gan dalam ucapannya melahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet yang telah banyak memecah rekod kejohanan.

"Saya difahamkan terdapat banyak rekod baru berjaya dicapai melalui acara renang, olahraga dan lain-lain yang membuktikan semangat dimiliki atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) juga tinggi dan boleh membanggakan negara sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya yang turut menyampaikan bendera kejohanan kepada wakil negeri Perlis yang akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-17 pada 2014.

Beliau turut berharap kejohanan seperti itu akan dapat melahirkan lebih ramai atlet paralimpik bertaraf dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan