Agong Berangkat Ke Majlis Makan Malam Olympian

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tengah) berkenan menyampaikan Anugerah 'Olympian of theYear 2012' kategori lelaki kepada jaguh badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei (tiga kiri) dan atlet Terjun Negara, Pandelela Rinong (tiga kanan) untuk kategori wanita pada Malam Olympian ke-20, 2012 di sini, malam Jumaat. Turut hadir, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tunku Ja'afar (dua kanan) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim (dua kiri). --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Olympian ke-20 di sini, Jumaat malam.

Tuanku Abdul Halim turut berkenan menyampaikan Anugerah Olympian 2012 kategori wanita kepada ratu terjun Pandelela Rinong Pamg dan jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei bagi kategori lelaki.

Kedua-dua atlet itu dipilih oleh Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai penerima anugerah tahun ini berikutan kejayaan menyumbang pingat buat negara pada temasya Olimpik London Julai lepas.

Masing-masing menerima pingat dan wang tunai RM10,000.

Anak kelahiran Sarawak, Pandelela, 19, muncul atlet wanita dan atlet terjun pertama negara meraih pingat gangsa pada temasya itu menerusi acara 10m platform. Chong Wei, 30, dari Pulau Pinang, pula merangkul perak menerusi acara perseorangan lelaki.

Anugerah Olympian adalah acara tahunan yang dianjurkan MOM sejak 1993 untuk mengiktiraf pencapaian atlet lelaki dan wanita negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dan Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan