AUG 2012: Landasan Terbaik Atlet IPT Serlah Bakat

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Sukan Universiti Asean (AUG) yang akan membuka tirai secara rasmi di sini esok, bakal menjadi platform terbaik kepada atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia menampilkan prestasi terbaik untuk diserapkan sebagai atlet elit kebangsaan pada masa hadapan.

Penyertaan atlet tersebut pada temasya berkenaan bukan sekadar mencapai sasaran 36 pingat emas yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi, malah lebih penting mereka perlu membuktikan kemampuan masing-masing agar bakat yang ada tidak terhenti begitu sahaja selepas bukan bergelar mahasiswa.

Ketua kontinjen Malaysia ke AUG, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata ramai atlet elit kebangsaan bermula sebagai atlet IPT dan temasya AUG adalah pentas terbaik bagi mereka menampilkan kemampuan masing-masing.

"Contohnya, pemain bola sepak Harimau Muda, K. Reuben. Beliau bermula sebagai atlet IPT. Pendedahan awal pada temasya AUG ini memberi peluang besar kepada mereka menunjukkan bakat masing-masing.

"Kebanyakan atlet dari kontinjen Asia Tenggara lain terdiri daripada atlet elit negara masing-masing, berbeza dengan Malaysia hanya 30 peratus adalah atlet elit. Jadi, ini peluang bagi memastikan karier dan minat mereka dalam sukan tidak hanya berada pada satu tahap," katanya kepada Bernama di sini.

Seramai 306 atlet mahasiswa tempatan menggalas cabaran negara pada temasya AUG 2012 yang akan berlangsung sehingga 22 Dis. Daripada jumlah itu, lebih 30 peratus merupakan atlet elit kebangsaan.

Kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 17 acara sukan pada temasya dwitahunan itu yang akan bermula hari ini, melibatkan perlawanan pembukaan acara bola sepak peringkat kumpulan antara Malaysia menentang Laos.

Selain tuan rumah Laos, negara lain yang menyertai AUG 2012 ialah Malaysia, Brunei, Myanmar, Filipina, Singapura, Kemboja, Indonesia, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Yahaya berkata empat acara sukan menjadi sandaran utama Malaysia meraih pingat emas pada temasya itu iaitu terjun, renang, memanah serta olahraga.

"Saya yakin atlet kita mampu mencapai sasaran 36 pingat emas," katanya bahawa Malaysia turut menaruh harapan kepada atlet mahasiswa yang menyertai Sukan Malaysia (Sukma) Pahang lepas, pada AUG 2012.

Yahaya berkata beliau juga optimis acara lain mampu membuat kejutan setelah tiga daripada enam acara terjun pada temasya berkenaan digugurkan.

Beliau juga berharap acara olahraga yang turut menyenaraikan atlet elit kebangsaan pada temasya itu, dapat menyumbangkan lebih banyak pingat emas sekali gus menobatkan Malaysia selaku jaguh dalam acara berkenaan.

Antara antara elit kebangsaan yang menggalas cabaran negara pada AUG 2012 ialah atlet Olimpik negara Bryan Nickson Lomas, Leong Mun Yee, Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoon dalam acara terjun; perenang kebangsan Chui Lai Kwan dan Siow Yi Ting; K. Reuben serta atlet olahraga S.Kannathasan dan Siti Zubaidah Adabi.

Pada edisi AUG di Chiang Mai, Thailand 2010, Malaysia menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan meraih 37 pingat emas, 36 perak dan 44 gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan