Paralimpiad: Johor Ungguli Pungutan Pingat Hari Pertama

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kontinjen Johor berjaya menguasai pungutan pingat pada hari pertama Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia ke-16 yang julung kali diadakan di sini, Selasa.

Johor berjaya mengondol kesemua pingat emas berkenaan menerusi acara olahraga iaitu mengutip 13 daripada 34 pingat emas yang dipertandingkan dengan pungutan keseluruhan 13 emas, tujuh perak dan lima gangsa.

Juara bertahan Sarawak menduduki tangga kedua dengan memungut 10 emas, 13 perak dan sembilan gangsa.

Pungutan pingat emas Sarawak diperolehi hasil sumbangan atlet renang yang berjaya merangkul enam daripada 12 pingat emas dipertandingkan manakala selebihnya empat lagi emas menerusi acara olahraga.

Pulau Pinang pula mengumpul empat emas, sembilan perak dan empat gangsa berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan walaupun berjaya mengutip bilangan emas yang sama dengan Sabah dan Kedah.

Esok (Rabu) lima jenis sukan yang menawarkan pingat diadakan iaitu powerlifting, renang, olahraga, bola tampar duduk dan futsal.

Sukan Paralimpiad Malaysia, yang disertai 2,500 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen, menawarkan 1,119 pingat keseluruhan termasuk 373 pingat emas dalam 17 acara sukan yang dipertandingkan.

Temasya sukan enam hari itu melibatkan atlet dalam enam kategori kecacatan iaitu cacat anggota, penglihatan, spastik, akal, pekak dan kerdil.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan