Malaysia Muncul Naib Juara Piala Negara-Negara 2012

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring negara gagal dalam percubaan pertama merangkul kejuaraan Piala Negara-Negara 2012 apabila kalah 38-45 kepada Tanzania pada final di Dewan Sukan Toa Payoh, Singapura, Ahad.

Malaysia yang sebelum ini tunduk 36-61 kepada pasukan lawan itu pada perlawanan pusingan awal bagaimanapun mendahului 11-8 pada suku pertama.

Tanzania bangkit semula pada suku kedua untuk memintas 27-15 dan kemudian mengekalkan momentum untuk mendahului 36-26 pada suku ketiga perlawanan.

Pasukan dari benua Afrika itu terus mengasak dengan menambah sembilan mata pada suku keempat manakala Malaysia enggan mengalah dengan menambah 12 mata untuk mengakhiri saingan.

Ini merupakan kali pertama Tanzania muncul juara dalam kejohanan tersebut.

Sementara itu, pengurus pasukan negara Aminah Asaari bangga dengan prestasi anak buahnya walaupun mengalami kekalahan pada final.

Bagaimapun, Malaysia menepati sasaran sekurang-kurangnya gelaran naib juara selepas menduduki tempat ketiga pada edisi tahun lepas.

Kedudukan Pasukan:

Juara: Tanzania mn Malaysia 45-38 3-4: Namibia mn Sri Lanka 76-70 5-6: Singapura mn Ireland 45-31

Anugerah Pemain Paling Bernilai:

Tanzania: Irene Sylidion MALAYSIA: Siti Nor Farhana Mustafa Namibia: Bemhardine Makari Sri Lanka: Gayathri Lankathilake Singapura: Cassandra Soh Ireland: Genevieve Slater

- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan