Pendelela Tarik Diri Sertai AUG Di Laos

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos, bermula 12 Dis ini kerana ingin menghadiri Anugerah Olympian ke-20 pada pertengahan bulan ini.

Pemenang pingat gangsa Olimpik London itu berkata keputusan dibuat bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dijangka berangkat ke majlis anugerah itu yang bertembung dengan tarikh pertandingannya di Laos, kelak.

"Semalam, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Persatuan Renang Amatur Malaysia, saya membuat keputusan untuk tidak bertanding di Laos.

"Bagaimanapun, saya yakin atlet lain akan dapat menyumbangkan banyak pingat kepada negara pada temasya itu," katanya selepas majlis pelancaran dan pemberian kereta Chevrolet Sonic kepada beliau di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Kumpulan NAZA menyampaikan sumbangan berupa sebuah kereta Chevrolet Sonic yang pertama kali dilancarkan di negara ini, kepada Pandelela bagi menghargai pencapaian ratu terjun negara itu.

Pemberian kereta itu disampaikan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat NAZA Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, disaksikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pandelela berkata beliau tidak kecewa kerana terpaksa menarik diri daripada menyertai temasya itu walaupun sebelum ini, beliau juga tidak berpeluang beraksi pada Kejohanan Asia di Dubai bulan lepas akibat kecederaan.

Mengenai pemberian kereta tersebut, Pandelela berkata kenderaan itu akan memudahkannya berulang-alik dari tempat pengajiannya ke pusat latihan di Bukit Jalil.

"Saya merancang untuk mengambil lesen memandu secepat mungkin bagi memudahkan urusan saya nanti," kata penuntut Universiti Malaya itu.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan