Ian Williams Sah Dinobat Juara AWMRT 2012, Ikrar Kekal Kejuaraan Piala Monsun Esok

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Juara bertahan Ian Williams dari pasukan GAC Pindar mengekalkan gelaran Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) buat kali keempat setelah menyingkirkan pencabar terdekat, Bjorn Hansen untuk mengisi slot separuh akhir Piala Monsun 2012 di Pulau Duyong, di sini, esok.

Kemenangan mengenepikan cabaran jurumudi Sweden, Hansen dari pasukan Mekonomen Sailing, pada saingan suku akhir hari ini sudah cukup memadai buat jurumudi Britain itu untuk dinobatkan juara AWMRT 2012 meskipun cabaran akan diteruskan ke separuh akhir dan saingan akhir esok.

Sudah tentu ianya satu prestasi yang mengagumkan dari pelayar yang memenangi kejuaraan dunia bermula tahun 2007, 2008, 2011 dan edisi ini, seterusnya meletakkan beliau setaraf dengan pencapaian rekod Datuk Peter Gilmour sebagai legenda dalam perlumbaan match racing.

Ini kerana penyingkiran Hansen selaku pendahulu carta keseluruhan AWMRT dan pencabar terdekat dengan mengumpul 104.25 mata sehingga kini pastinya telah memberi kelebihan buat Williams dalam memintas mata yang hanya dibezakan dengan 2.25 mata setakat ini.

Namun Williams, 35, masih belum berpuas hati dan pastinya mahu memburu dan mengekalkan satu lagi gelaran juara yang dimenanginya di sini pada Piala Monsun 2011. Bercakap kepada pemberita selepas meraih gelaran dunia itu, Williams memberi penghormatan kepada kru pasukannya yang terdiri daripada Bill Hardesty, Mal Parker, Gerry Mitchell dan Matt Cassidy.

"Rasa hebat untuk memenangi gelaran dunia buat kali keempat. Kami telah mengharungi musim yang penuh dengan cabaran dan saingan hebat dan kami benar-benar kuat sebagai satu pasukan.

"Semua kru pasukan adalah hebat dan tidak boleh mengurus tanpa mana-mana anggota kru," katanya.

Selain Williams, jurumudi veteran Gilmour daripada pasukan Yanmar Racing, Phil Robertson (WAKA Racing Team) dan Taylor Canfield (US One), turut mara ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing.

Dalam saingan suku akhir, Gilmour, juara dunia empat kali, mengatasi anaknya, David (Team Gilmour) 3-1 manakala Canfield menewaskan Keith Swinton (Black Swan Racing) 3-1 dan Robertson menyingkirkan Pierre Antoine Morvan (Vannes Agglo Sailing Team) 3-2. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan