Lebih 2,500 Atlet, Pegawai Sertai Paralimpiad Malaysia Ke-16 Di Kuantan

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Lebih 2,500 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen akan menyertai temasya Sukan Paralimpiad Malaysia ke-16 yang julung kali diadakan di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sukan Paralimpiad Malaysia ke-16, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kejohanan yang bermula 7 hingga 14 Disember itu akan melibatkan 17 jenis sukan keseluruhannya.

"Lebih 2,500 atlet dan pegawai akan mula berkumpul di sini pada 7 Dis sebelum kejohanan itu bermula secara rasminya pada 9 Disember.

"Kesemua 17 jenis sukan yang dipertandingkan itu akan menawarkan 1,119 pingat keseluruhan dengan 373 pingat emas," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran RapidKuantan oleh Menteri Besar Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata RapidKuantan juga akan menjadi pengangkutan rasmi kepada atlet dan pegawai pada kejohanan berkenaan.

Katanya sebahagian venue yang akan digunakan pada kejohanan berkenaan merupakan insfrakstruktur yang diguna pakai dalam Sukan Malaysia yang lepas.

Menurut Muhammad Safian, sukan olahraga yang menawarkan pingat paling banyak iaitu 140 acara akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Renang (70 acara) di Pusat Renang Wisma Belia, Tenpin Boling (36) di Kuantan Megamall dan petanque (31) di gelanggang petanque Balok.

Boling Padang (14) akan berlangsung di Pusat Boling Padang Sukpa, badminton (12) di Pusat Badminton Semambu, angkat berat (12) di Kuantan Megamall, memanah (12) di Politeknik Sultan Ahmad Shah, ping pong (10) di Dewan Maksak, catur (8) di dewan JPO PGA Kem Galing dan boccia (7) di Wisma Belia.

Tenis Kerusi Roda (4) akan diadakan di gelanggang tenis Taman Gelora, futsal (3) di Kuantan Futsal, bola keranjang kerusi roda (2) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Ching, bola tampar duduk (1) di dewan serbaguna PGA Kem Galing, goalball (1) di kompleks Universiti Islam Antarabangsa dan ragbi kerusi roda (1) SJKC Chung Ching.

Sukan Paralimpiad Malaysia ke-16 itu akan melibatkan atlet dengan mengambil kira enam kategori kecacatan iaitu cacat anggota, penglihatan, spastik, akal, pekak, dan kerdil. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan