16 Pelapis Basikal Lebuh Raya T'Ganu Sertai Kejohanan Sport Excel Kuala Pilah

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seramai 16 pelumba pelapis berbasikal lebuh raya Terengganu akan menyertai Kejohanan Lumba Basikal Sport Excel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang akan berlangsung selama empat hari bermula Khamis ini.

Ketua jurulatihnya, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, kejohanan tersebut merupakan acara terakhir bagi sirkit remaja musim 2012 di mana 11 pelumba lelaki dan 5 pelumba wanita negeri dipertaruhkan sebagai program pendedahan kepada mereka sebelum ke peringkat atasan.

Katanya, 10 daripada pelumba itu yang rata-ratanya bawah 14 tahun adalah barisan muka baru dan mereka baru lima bulan diserap menyertai skuad pelapis Terengganu.

"Kita mengekalkan enam muka lama sebagai bimbingan bagi menguatkan pasukan dan diharap mereka mampu membentuk kombinasi yang memberangsangkan sepanjang kejohanan itu nanti.

"Muka baru yang diketengahkan itu rata-rata berusia 13 dan 14 tahun dan kita merasakan wajar mereka dihantar sekarang menyertai kejohanan seumpama itu," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Syed Mohd Hussaini berkata, menerusi kejohanan seperti itu juga, pihak Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) dapat memperbaiki kelemahan serta kekurangan pada pelumba cilik ini.

"Biarpun umur mereka masih muda namun saya yakin mereka semua mampu menggalas cabaran itu nanti dan sekaligus mengharumkan nama negeri," katanya yang berharap bakat-bakat baru dicungkil ini juga mampu mencipta nama seperti pelumba senior negara yang lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan