Malaysia Gagal Ke Final Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara kalah 3-6 kepada Korea Selatan di peringkat separuh akhir kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina pada Sabtu.

Sebelum ini Malaysia mengalahkan Korea 4-2 dalam Kumpulan A. Pada separuh masa pertama Korea mendahulu 4-0 menerusi jaringan Hyun Hye Sung seawal minit ke-8 dan gol keduanya 19 minit kemudian. Pemain Malaysia pula menjaring gol sendiri pada minit ke-32 sebelum seminit kemudian ketua pasukan Korea, Lee Seung-Il membuat jaringan keempat untuk Korea.

Pasukan negara memperoleh gol pertama di separuh masa kedua menerusi jaringan Chua Boon Huat di minit ke-48. Namun pakar pukulan penalti Korea, Jang Jong Hyun menambah satu lagi gol untuk pasukannya lapan minit kemudian.

Anak buah Paul Revington terus bertarung dan memperoleh gol kedua mereka menerusi Muhammad Razie Abdul Rahim ketika berbaki 18 minit masa perlawanan. Namun Jong Hyun menambah gol keenam untuk Korea pada minit ke-60.

Malaysia seterusnya memperoleh gol ketiga menerusi Muhammad Marham Mohd, lima minit sebelum perlawanan berakhir. Mengulas mengenai perlawanan itu, Revington berkata Korea bijak mencipta gol menerusi pukulan penalti sementara pertahanan Malaysia tidak mampu bermain sebaik perlawanan sebelum ini.

Namun Malaysia masih kuat dan esok mereka akan bermain dengan penuh yakin, katanya seperti yang dipetik dari laman web kejohanan www.fih.ch.

Malaysia akan bermain untuk memperoleh pingat gangsa menentang Ireland yang dikalahkan 1-2 oleh tuan rumah dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan