Malaysia Sasar 36 Pingat Emas Sukan Universiti Asean Di Laos

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia menyasarkan 36 pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean di Laos pada 12 hingga 22 Disember ini.

Ketua Kontijen Malaysia, Profesor Dr Yahaya Ibrahim berkata, seramai 306 atlet akan menyertai temasya dwitahunan itu melibatkan 18 jenis sukan termasuk acara baru memanah, terjun, sukan tempur dan muay Thai.

"Dengan adanya empat acara sukan kegemaran; olahraga, memanah, renang dan terjun, saya percaya sasaran itu mampu untuk dilepasi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama wakil pasukan di sini Rabu.

Mesyuarat itu memutuskan penerjun kebangsaan, Leong Mun Yee dipilih sebagai pembawa bendera pada upacaya pembukaan kejohanan.

Pada 2010 kontijen negara meraih 37 emas, 36 perak dan 44 gangsa di Chiang Mai, Thailand. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan