30 Atlet Pelapis Naik Taraf Ke Program Elit

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha Majlis Sukan Negara (MSN) mencungkil bakat muda untuk diserap sebagai atlet kebangsaan membuahkan hasil apabila 30 atlet pelapis negara mengesahkan tempat dalam status elit, sekaligus mewakili Malaysia pada kejohanan tempatan dan antarabangsa tahun ini.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN Jefri Ngadirin berkata usaha memilih 30 atlet berkenaan dibuat sejak Januari hingga bulan ini, menerusi pelbagai program latihan dan kem bakat atlet pelapis negara.

"Kita sentiasa menilai prestasi atlet pelapis ini melalui kejohanan, latihan dan kem sukan yang diadakan untuk pelbagai peringkat umur supaya dapat mencungkil atlet harapan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tujuh atlet terbabit adalah daripada sukan angkat berat, pelayaran (6), berbasikal (5), menembak (3), masing-masing dua dalam sukan akuatik (terjun), wushu dan tenpin boling serta masing-masing seorang menerusi karate, wushu dan tinju.

Jefri berkata pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat kerana proses pemilihan dan penilaian terhadap atlet pelapis negara untuk diserap dalam program elit sedang berjalan sehingga hujung tahun ini.

"Kita jangka sehingga akhir tahun ini, tidak kurang 35 atlet pelapis bakal disahkan ke dalam program elit. Kesemua atlet yang dipilih berusia antara 18 dan 23 tahun," katanya.

Beliau berkata sejak program pembangunan atlet pelapis MSN diwujudkan pada 2007, seramai 171 atlet pelapis diserap sebagai atlet elit kebangsaan.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan