Tujuh Pasukan Pro-Tour Dijangka Sertai LTdL 2013

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh pasukan pro-tour dijangka menyertai perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang akan berlangsung dari 21 Februari hingga 2 Mac.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata setakat ini, dua pasukan pro-tour iaitu Garmin dari Amerika Syarikat dan Astana dari Kazakhstan telah mengesahkan penyertaan pada perlumbaan tersebut.

"Tiga lagi pasukan pro-tour akan diumumkan pada pertengahan bulan Disember ini manakala dua lagi pasukan, kita masih dalam proses perbincangan," katanya pada sidang media 'Hot Ride Putrajaya, Naturally Langkawi Round Island' sempena LTdL 2013 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Isnin.

Emir berkata setakat ini, sebanyak 23 pasukan tidak termasuk tujuh pasukan pro-tour, menyatakan minat menyertai LTdL 2013, namun pihaknya hanya memilih 23 pasukan untuk bersaing pada perlumbaan tersebut.

Bersempena dengan edisi ke-18 LTdL 2013 bertemakan 'The Heat is On' atau 'Bahang Kian Terasa', penganjur akan mengadakan dua acara sampingan iaitu 'Hot Ride Putrajaya' pada 27 Jan dan 'Naturally Langkawi Round Island' pada 20 Februari. "Tujuan kita mengadakan dua acara pembuka tirai ini adalah untuk memperkenal dan mempromosi Putrajaya dan Langkawi serta menggalakkan kemasukan pelancong asing ke negara ini.

"Perlumbaan tersebut berkonsepkan pelancongan yang mana peserta dapat menyertai acara kayuhan sambil melancong di kedua-dua tempat ini," kata Emir sambil menambah pihaknya turut menyediakan pakej pelancongan kepada peserta yang menyertai kedua-dua acara berkenaan.

Emir berkata pihaknya menyasarkan lebih 1,000 penyertaan bagi acara Naturally Langkawi dan peserta berpeluang bertemu dengan pelumba ternama yang menyertai LTdL 2013.

LTdL 2013 akan melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 1,466.6km merentasi tujuh negeri, dengan peringkat pertama bermula dari Kangar ke Kulim pada 21 Februari.

Pada LTdL 2013, Terengganu sekali lagi dipilih sebagai venue penutup termasuk membabitkan empat peringkat terakhir perlumbaan itu yang akan berlangsung di negeri berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan