Tujuh Pasukan Tempatan Rebut Satu Slot Wildcard Ke Piala Monsun 2012

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Saingan akhir Sirkit Match Racing Malaysia (MMRC) di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong di sini, yang bermula Rabu ini akan menjadi pentas terakhir buat tujuh pasukan tempatan merebut peluang beraksi pada Piala Monsun 2012.

Berbaki dua hari menjelang saingan selama tiga hari itu, setiap pasukan kini bertungkus lumus merencanakan strategi dalam usaha meningkatkan mata daripada keseluruhan empat sirkit perlumbaan sekaligus melonjakkan ranking dunia dan dinobatkan juara keseluruhan.

Selaku juara keseluruhan, pasukan berkenaan akan mengisi satu slot wildcard mewakili Malaysia pada kejohanan pelayaran berprestij - Piala Monsun 2012 yang merupakan saingan terakhir dalam kalendar perlumbaan Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT).

Juara tempatan itu akan bersaing dengan 10 lagi pasukan pilihan terbaik dunia pada Piala Monsun 2012 yang akan diadakan di lokasi sama dari 3 hingga 8 Disember.

Saingan Piala Monsun 2012 itu akan menampilkan, antaranya pasukan GAC Pindar yang diketuai juara bertahan AWMRT, Ian Williams dari Britain yang memburu kejuaraan dunia keempat tahun ini, bagi menyamai pencapaian Peter Gilmour (AUS) dari YANMAR Racing yang merupakan juara dua kali Piala Monsun.

Atas kertas, juara tiga kali MMRC, Jeremy Koo bersama pasukannya KFC/Koo Racing Team masih dianggap pilihan bagi mengisi satu slot wildcard tempatan pada Piala Monsun yang dianggap kejohanan pelayaran bertaraf perlumbaan permotoran F1, walaupun saingan kini dilihat terbuka terutama daripada Masyuri Rahmat bersama pasukannya, Royal Malaysian Navy Match Racing Team 1.

Selain itu, naib juara MMRC tahun lepas, Hazwan Hazim Dermawan (Permai Hotel Match Racing Team) juga berpeluang merebut slot wildcard tersebut kerana beliau antara peserta yang mengumpul mata tertinggi dalam perlumbaan sirkit lepas.

MMRC yang bermula pada 11-13 Mei di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak dan diikuti di marina Jabatan Laut, Pulau Indah, Klang, Selangor pada 29 Jun-1 Julai lepas, menyaksikan Jeremy muncul juara pada kedua-dua perlumbaan itu dan mendahului dengan 69 mata.

Ini diekori rapat oleh Masyuri dengan perbezaan tiga mata (66 mata) apabila beliau menjuarai sirkit ketiga di Tanjung Leman, Johor pada 28-30 Sept lepas, manakala Hazwan Hazim di kedudukan ketiga keseluruhan selepas mengumpul 60 mata.

Piala Monsun akan menampilkan pelumba terbaik dunia termasuk lapan pasukan teratas carta AWMRT, pemenang tempatan MMRC serta penyertaan wildcard Match Racing Asia (David Gilmour) serta dua lagi slot wildcard yang akan dipilih oleh pengurus acara.

Kejohanan Piala Monsun 2012 mendapat sokongan dan tajaan daripada Persatuan Pelayaran Malaysia dan Kerajaan Negeri Terengganu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan