LTdL 2013: Anuar Manan Tunggu Kata Putus TSG

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal negara, Anuar Manan masih menunggu kata putus daripada Terengganu Cycling Team (TSG) berhubung kontraknya untuk beraksi bersama pasukan itu pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL)2013.

Anuar berkata untuk kembali beraksi bersama TSG, beliau telah menolak tawaran daripada beberapa pasukan termasuk tidak menyambung kontrak dengan pasukan Champion System Pro Cycling yang akan tamat pada akhir Disember ini.

"Sekarang saya tengah tunggu kontrak dan kata putus daripada TSG. Setakat ini saya tidak mendaftar dengan mana-mana pasukan dan memang mahu fokus bersama TSG.

"Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Said) pun ada mencadangkan untuk tarik (mendapatkan khidmat) pelumba seperti saya dan Mohammed Adiq Husainie Othman untuk berkayuh (beraksi) bersama TSG," katanya pada sidang media 'Hot Ride Putrajaya, Naturally Langkawi Round Island' sempena LTDL 2013 di sini, Isnin.

Anuar telah menandatangani kontrak bersama Champion System Pro Cycling Team sejak awal tahun ini.

Sebelum ini, Anuar pernah bersama pasukan TSG pada 2011.

"Dengan pengalaman yang ada, saya yakin dapat mempamerkan kayuhan yang lebih kompetetif pada LTDL 2013," kata pelumba berusia 26 yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu.

Anuar merupakan Raja Pecut pada LTDL 2010 ketika mewakili pasukan Guemsan Ginseng Asia.

Pencapaian terbaik beliau pada LTDL 2012 ialah menduduki tempat ketiga pada peringkat ketiga dari Melaka ke Parit Sulong.

Pada kejohanan LTDL 2013 yang dijadual dari 20 Feb hingga 2 Mac, Terengganu sekali lagi dipilih sebagai venue penutup termasuk membabitkan empat peringkat terakhir perlumbaan itu yang akan berlangsung di negeri berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan