Lebih RM6.4 Juta Biasiswa Ditawarkan Kepada 160 Orang Atlet

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh buah universiti swasta terpilih tanah air membuka peluang kepada 160 orang atlet untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati dengan jumlah keseluruhan biasiswa bernilai lebih RM6.4 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dengan tampilnya pihak swasta membuka peluang menaja atlet, ia sekaligus membuktikan bidang sukan ini telah memasuki era baru.

"Satu jumlah yang besar dan sudah pasti ia merupakan peluang keemasan kepada atlet-atlet yang layak untuk menyambung pelajaran mereka ke universiti yang kita sendiri sedia maklum tentang kosnya yang tinggi.

"Jika sebelum ini hanya tertumpu kepada universiti awam sahaja, tetapi dengan adanya tajaan ini peluang atlet untuk mempelajari pelbagai bidang lebih terbuka luas di universiti swasta.

"Penajaan ini merupakan langkah awal dan mungkin selepas ini lebih banyak universiti swasta tampil memberi peluang kepada atlet kita," jelasnya kepada media selepas majlis menandatangani MOU di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Selasa.

Ahmad Shabery berkata, bidang yang ditawarkan kepada atlet bukan hanya tertumpu kepada pengajian sukan semata-mata, tetapi pelbagai kursus lain yang ditawarkan mengikut kehendak atlet itu sendiri.

"Peluang ini juga secara tidak langsung dapat menjamin masa depan atlet berdasarkan kursus yang dipilih sekiranya mereka tidak berjaya dalam karier mereka sebagai atlet dalam jangka masa panjang.

"Dan kelayakan atlet untuk memasuki universiti-universiti tersebut, ia akan dibantu atau dipantau oleh pihak MSN.

"Tawaran ini akan dibuka secepat mungkin, selepas MSN menilai atlet-atlet yang layak untuk menyambung pelajaran mereka," katanya.

Senarai IPTS yang terlibat, jumlah atlet serta jumlah biasiswa yang ditawarkan;

1. Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze - Terbuka dan jumlah tidak terhad.

2. Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya (KUHB) - 15 atlet, RM750,000

3.Kolej Cyberlinx - 10 atlet, RM 300,000

4. Kolej Erican -40 atlet, RM 1 juta

5. Universiti HELP - 50 atlet, RM2 juta

6. Universiti SEGi - 25 atlet, RM 1 juta

7. Universiti Sunway - 10 atlet, RM500,000

8.Kolej Tunku Abdul Rahman - 5 atlet, RM 55,000

9. Universiti Taylor - 5 atlet, RM465,000

10. Universiti Tunku Abdul Rahman-10 atlet, RM330,000

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan