Lebih 20 Pemain Remaja Berpotensi Dikenal Pasti Melalui Akademi

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Golf Terengganu (PGT) mengenal pasti lebih 20 pemain remaja berpotensi menerusi akademi golf Terengganu yang ditubuhkan persatuan itu September lepas.

Presiden persatuan, Ahmad Zubir Azhari berkata akademi tersebut berharap dapat mendidik dan melahirkan pemain-pemain golf bertaraf antarabangsa.

"Kita sekarang sedang melatih dan membimbing pemain-pemain berumur lima hingga 13 tahun mengenai asas-asas permainan golf supaya bakat mereka dapat digilap dan diketengahkan," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Ahmad Zubir berkata Persatuan Golf Malaysia (MGA) memberi kerjasama dengan menghantar jurulatih persatuan itu sebulan sekali ke sini untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta di akademi itu.

Beliau berkata pihaknya bercadang mengambil tambahan seramai 10 orang pelajar yang berminat memasuki akademi itu dengan pendaftaran masih dibuka di Akademi Golf Tok Jembal, Gong Badak di sini.

Katanya, setiap pelajar yang memasuki akademi itu dikenakan bayaran sebanyak RM30 sebulan dan mereka diberi tunjuk ajar dua kali seminggu meliputi semua aspek permainan golf pada Jumaat dan Sabtu.

Ahmad Zubir berkata para pelajar di akademi itu akan didedahkan bermain di pelbagai kejohanan di peringkat negeri bagi membolehkan mereka menjadi pemain bertaraf pro pada masa depan.

"Kalau pandai kita akan beri peluang kepada mereka mewakili Terengganu dalam sukan Sukma yang akan datang," katanya.

Menurut Ahmad Zubir, buat permulaan, PGT akan memilih empat orang pelajar akademi mengikuti kem golf junior di Glenmarie, Shah Alam awal Disember ini dengan tujuan memberi pengalaman kepada mereka. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan