UPM Juara Keseluruhan SUKIPT 2012

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Putra Malaysia (UPM) menutup tirai temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi pertama tahun ini dengan pencapaian cemerlang melalui pungutan 52 pingat emas, 25 perak dan 22 gangsa.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat kedua dengan 39 emas, 23 perak dan 44 gangsa manakala Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) di tangga ketiga dengan 17 emas, sebutir perak dan lima gangsa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ketika menutup temasya SUKIPT selama 15 hari itu menyifatkannya berjaya, hasil daripada komitmen 5,000 atlet dan pegawai pasukan dari 101 buah institusi pengajian tinggi (IPT).

"Saya lihat SUKIPT boleh dianggap berjaya. Purata pungutan pingat keseluruhan menunjukkan persaingan sengit dalam setiap acara yang dipertandingkan dan membuktikan kejohanan ini menjadi medan yang cukup kompetitif bagi atlet yang menuntut di IPT," katanya pada majlis penutup kejohanan itu di UiTM, di sini Ahad.

Selaku juara keseluruhan SUKIPT 2012, UPM menerima piala pusingan dan piala iringan.

Ketua Kontinjen UPM Hamzah Ismail berkata berikutan kejayaan mengungguli SUKIPT, pihaknya bercadang memberi insentif khas kepada atlet UPM yang cemerlang.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak tertinggi UPM untuk mencadangkan atlet-atlet ini diberi insentif atas kejayaan mereka," katanya.

Hamzah berkata acara renang, olahraga dan karate merupakan sukan yang banyak menyumbang pingat emas buat UPM untuk menjadi juara keseluruhan SUKIPT.

Untuk rekod acara renang menyumbang 15 pingat emas, empat perak dan satu gangsa; olahraga 14 emas, 12 perak dan tiga gangsa; dan karate meraih sembilan pingat emas buat UPM.

"Sebelum ini sasaran kami adalah 45 pingat emas untuk menjadi johan. Alhamdulillah kita berjaya melepasi sasaran dengan 52 emas, saya bangga dengan pencapaian atlet UPM," katanya.

Meskipun memegang status universiti atlet, Hamzah berkata kejayaan UPM adalah didorong oleh semangat kesukanan dan fokus yang ditunjukkan oleh semua atlet untuk membawa UPM mencapai kejayaan.

Edisi sulung SUKIPT yang menawarkan 165 pingat emas, 165 perak dan 207 gangsa berakhir hari ini. Berikut adalah senarai pungutan pingat 10 pasukan terbaik:

Universiti Putra Malaysia 52 25 22 Universiti Teknologi Mara 39 23 44 Universiti Malaysia Perlis 17 1 5 Universiti Teknologi Malaysia 13 12 10 Universiti Malaya 10 14 15 Universiti Sains Malaysia 9 13 15 Universiti Kebangsaan Malaysia 7 3 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris 6 9 9 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 6 5 0 Kolej Komuniti Sabah 6 0 1 - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan