Dua Pelumba Pelapis Terengganu Terpilih Sertai Kem Pelapis Negara

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) bangga setelah dua orang lagi pelumba pelapis basikal Terengganu terpilih menyertai kem pelapis negara di Ipoh bermula 22-28 Novemebr ini.

Ahmad Najib Ismail dan Mohd Shahrir Azman yang masing-masing berumur 15 tahun ini akan diuji untuk diserapkan ke skuad pelapis negara.

Jurulatihnya, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan nyata berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh anak didiknya walaupun baru sembilan bulan aktif menyertai sukan berbasikal ini.

Menurutnya kedua-dua pelumba ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menyertai kejohanan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kita akui kedua pelumba ini masih muda dan baru namun mereka mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.

"Selain itu PLBT juga sering memberi pendedahan kepada mereka dengan menyertai beberapa siri kejohanan seperti Sports Excel," katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, PLBT kini sedang giat menggilap 60 pelumba pelapis negeri itu yang berpotensi diketengahkan di peringkat tempatan dan antarabangsa pada masa hadapan.

Syed Mohd Hussaini berkata kesemua pelumba pelapis berkenaan yang berusia bawah 14 tahun, kini giat menjalani latihan menerusi program pembangunan atlet PLBT.

"Mereka kini diletakkan di bawah program pembangunan atlet PLBT dan kita akan asuh pelumba-pelumba ini supaya mereka boleh mencapai suatu tahap tertinggi," katanya.

Terengganu telah melahirkan ramai pelumba basikal berbakat dan berjaya mengharumkan nama negara, antaranya Mohd Azizulhasni Awang, Nur Fateha Mustapa, Anuar Manan dan Mohd Hariff Salleh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan