Paintball : Infernal Muncul Juara Baru WCA 2012

Diterbitkan: Ahad, 11 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan dari Thailand, Infernal dinobatkan sebagai juara Divisyen 1 Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) yang berlangsung di Dewan Mahsuri, Ahad.

Infernal menewaskan pasukan STK dari Australia 4-2 untuk merangkul gelaran buat kali kedua selepas turut menjulang piala WCA di Kuala Lumpur pada tahun 2008.

"Tahun lalu kami tewas pada aksi separuh akhir dan kali ini kami kembali meraih gelaran juara.

"Menentang pasukan STK bukan mudah, dan dalam satu masa kami terikat kedudukan 2-2, tetapi semangat semua pemain untuk menang amat tinggi sehingga empat saat sebelum perlawanan tamat kami berjaya mencatat mata terakhir untuk menang 4-2.

"Tahun ini merupakan kejayaan terbaik selepas turut memenangi Kejohanan Siri Liga Paintball Asia (PALS) di Thailand dan Malaysia sekaligus menjadi juara keseluruhan," jelas pengurus pasukan, Wasitpon Tanrungsri kepada media selepas perlawanan akhir.

Tempat ketiga pula diraih oleh pasukan dari Malaysia, Nemesis Legion selepas mengetepikan rakan senegara, Xtioneer dengan keputusan 3-2.

Kapten pasukan Nemesis, Mohd Rezal Jamaluddin berkata, secara keseluruhan pasukannya gembira kerana berjaya melepasi sasaran untuk mara ke separuh akhir.

"Sebenarnya saya tidak mahu komen mengenai sistem pengadilan dengan ketika aksi separuh akhir, tetapi terpaksa akur kerana keputusan pengadil.

"Adat permainan ada kalah dan menang. Lagipun saya akui pasukan Infernal merupakan pasukan kuat.

"Selepas ini kami akan bermain dalam Kejohanan Paintball Antarabangsa di Kuala Lumpur Disember ini dan tahun depan pula kami akan menyertai PALS," jelas Rezal.

Biarpun kecewa untuk merangkul kejuaraan, secara keseluruhan Nemesis Legion berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat keenam tahun lalu ke tangga ketiga keluruhan musim ini.

Sebagai rekod, edisi 2011 menyaksikan pasukan Datis dari Iran menjadi juara WCA.

Sementara itu bagi bagi Kejohanan Piala Antara Benua (ICC) 2012 yang berlangsung serentak dengan Kejohanan WCA, menyaksikan pasukan dari Kanada, Edmonton Impact muncul juara baru selepas mengutip mata keseluruhan tertinggi, diikuti pasukan San Diego (AS) dan ketiga (AS).

Kejohanan bertaraf antabangsa ini dianjurkan buat kali kedua di Langkawi dengan menyaksikan sebanyak 170 pasukan dari 33 negara termasuk Amerika Syarikat, Iran, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Rusia dan Norway.

Keputusan penuh WCA 2012:

Divisyen 1

1. Infernal (Thailand)

2. STK (Australia)

3.Nemesis Legion (Malaysia)

Divisyen 2

1.Votolocos (MAS)

2.Dodo Flinguers (Perancis)

3.Republix CMS ( MAS)

Divisyen 3

1.East Coast Legion (MAS)

2.Duckside (MAS )

3.CNX Hamoon (MAS)

Divisyen 4

1. Tally Bun X (MAS)

2. Xcavatos (MAS)

3.Mad Bunnies (MAS)

Kejohanan Piala Antara Benua (ICC)

1.Edmonton Impact (Kanada)

2.San Diego (AS)

3.Los Angeles Infamous (AS)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan