Paintball: Nemesis Legion Sasar Separuh Akhir WCA 2013

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan tempatan, Nemesis Legion menaruh harapan tinggi untuk mara ke separuh akhir Divisyen 1 pada Kejohanan Paintball Piala Dunia (WCA) di Dewan Mahsuri, bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Kapten pasukan, Mohd Rezal Jamaluddin berkata, pasukannya amat optimis untuk mencapai sasaran tersebut.

"Kami telah menjalani persiapan rapi dengan mengadakan latihan setiap minggu dan turut menyertai liga tempatan.

"Malah pengalaman tahun lalu juga telah banyak membantu kami melakukan percaturan lebih baik tahun ini, " katanya kepada mStar Online.

Rezal berkata, perlawanan pembukaan hari ini (Jumaat) menyaksikan pasukannya menang dalam aksi pusingan awal.

"Kami menang dua perlawanan menentang Lost Boyz, 4-0 (Malaysia ) dan pasukan STK (Australia), 4-2.

"Esok (Sabtu) kami ada dua lagi perlawananan. Dan sekiranya semua berjalan lancar, kami akan mara ke pusingan kedua," jelasnya.

Pasukan yang baru dinobatkan juara Kejohanan Paintball Liga Malaysia 2012 ini bagaimanapun tetap berwaspada dengan saingan yang menanti mereka.

"Tahun lalu kami tewas pada aksi suku akhir sekaligus meletakkan pasukan di tangga kelima keseluruhan.

"Saya yakin empat pasukan teratas seperti Datis dari Iran ( juara berganda), Infernal (Thailand), STK dan Sydney Swat ( Australia) merupakan musuh utama kami.

"Pun begitu saya tetap yakin dengan pasukan ini, lebih-lebih kami semua sudah faham dengan posisi masing-masing setelah empat tahun bersama, " katanya.

Selain itu, mengenai perancangan jangka panjang pasukannya itu, Rezal bercadang untuk beraksi ke peringkat Asia .

"Kamu merancang untuk menyertai Kejohanan Siri Liga Paintball Asia (PALS) tahun depan, " tambahnya.

Dewan Mahsuri telah menjadi saksi kehadiran 1,810 pemain dari seluruh dunia sekaligus mencatat sejarah Malaysia Book Of Record sebagai acara terbesar kejohanan di Asia pada tahun lalu.

Kejohanan kali kedua yang dianjurkan di Langkawi tahun ini menyaksikan sebanyak 170 pasukan dari 33 negara termasuk Amerika Syarikat, Iran, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Rusia dan Norway.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan