Hoki: Revington Umum Skuad Kebangsaan Ke Argentina

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih hoki kebangsaan Paul Revington mengumumkan barisan skuad 18 pemain, termasuk tiga bekas pemain antarabangsa, bagi menggalas cabaran pada kejohanan Cabaran Juara-juara di Argentina bermula 24 November ini.

Tiga bekas pemain antarabangsa itu ialah Ismail Abu, Chua Boon Huat dan Mohd Amerullah Aziz.

"Mereka telah membuktikan kebolehan masing-masing semasa pertandingan dan latihan dan saya tidak kesal sama sekali untuk memilih mereka kerana saya percaya mereka boleh melaksanakan peranan yang besar dalam pasukan ini," kata Revington, seperti yang dipetik dalam www.malaysianhockey.blogspot.com.

"Terdapat peluang bagi pemain muda menimba pengalaman dalam Piala Juara-juara Asia dan kami akan berbincang dan menentukan komposisi pasukan selepas kejohanan Cabaran Juara-juara ini," katanya.

Bekas jurulatih Ireland itu turut menyatakan keyakinannya bahawa skuad Malaysia akan meletak sasaran untuk memenangi kejuaraan itu.

"Seperti yang saya nyatakan sejak awal lagi, matlamat saya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai juara. Ke arah itu, kita perlu meletak sasaran untuk memenangi perlawanan, sentiasa konsisten dan paling penting mempunyai keyakinan bahawa kita adalah sebuah pasukan yang berkebolehan untuk melakukan yang terbaik.

"Sungguhpun saya memerlukan masa untuk mengenali pemain dengan lebih dekat namun itu tidak perlu dijadikan alasan. Pemain yang dipilih untuk pasukan ini adalah yang terbaik berdasarkan hakikat bahawa kita juga perlu memberi perhatian sewajarnya kepada pasukan yang akan beraksi dalam Piala Sultan Johor," katanya.

Skuad kebangsaan akan berdepan Kanada dan Ireland dalam perlawanan pemanas badan di Argentina sebelum kejohanan itu bermula.

Barisan pemain:

Azlan Misron, Baljit Singh, Chua Boon Huat, Faiz Helmi Jali, Faizal Saari, Ismail Abu, Jivan Mohan, S. Kumar, Mohd Shukri Mutalib, Mohd Fitri Saari, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Mohd Amin Rahim, Mohd Amerullah Abdul Aziz, Mohd Marhan Mohd Jalil, Muhammad Razie Abdul Rahim, Nabil Fiqri Mohd Noor, Roslan Jamaluddin, Tengku Ahmad Tajuddin.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan