Tien Yu Tekad Sumbang Emas Pertama Paralimpik Negara

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ADELAIDE: Remaja Malaysia yang baru-baru ini dipilih sebagai Atlet Penuntut Antarabangsa Terbaik di negeri selatan Australia, menetapkan sasaran untuk memberikan pingat emas pertama Paralimpik kepada Malaysia.

James Wong Tien Yu, 18, yang lahir dengan tidak mempunyai sebahagian tangan kiri, mencatat keputusan cemerlang dalam sukan renang dan pelajaran sejak berada di sini tahun ini bagi menamatkan kursus asasi di Bradford College.

Pada Ogos, Wong memenangi satu emas, tiga perak dan satu gangsa pada kejohanan di Adelaide, diikuti dengan kejayaan pada Sukan Para di Tokyo, Guangzhou, Solo dan Jerman.

Pada kejohanan di Malaysia pada November 2010, Wong mengalahkan juara bertahan David Wangyu Kulek, mencatat rekod kebangsaan 100m kuak dada, dan manamatkan tahun 2010 dengan kedudukan keenam di Asia dan ke-24 dunia.

"Hasrat saya termasuk terus berlatih dan bertanding di Adelaide dan Australia serta menjadi orang pertama memenangi pingat emas Paralimpik untuk Malaysia," kata Wong kepada Bernama.

Wong berkata beliau mempunyai keyakinan program latihan yang disediakan jurulatihnya di Adelaide Jordan Blackmore boleh membantu beliau mencapai kejayaan dalam sukan renang.

"Saya tahu ia adalah satu perjalanan yang jauh dan tiada jalan pintas untuk saya mencapai kejayaan, tapi saya amat komited untuk memenuhi impian saya memenangi pingat emas untuk Malaysia," katanya.

Beliau berkata kecacatan tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan, sebaliknya ia membuka peluang yang luas kepadanya.

"Selepas kejadian hampir lemas ketika saya berusia tujuh tahun, saya terus belajar berenang dan meminati sukan itu.

"Dibesarkan di Subang Jaya, keluarga saya tidak pernah memberi layanan berbeza kepada saya dan saya rasa ia menguntungkan saya. Keluarga saya telah mengorbankan banyak masa untuk menyokong saya dalam sukan renang dan saya amat berterima kasih kepada mereka," katanya.

Wong turut berterima kasih kepada jurulatih Malaysia Lewin Lim dan May Ang yang memberi latihan kepada beliau untuk membantunya mencapai cita-citanya.

Wong bercadang untuk meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di University of Adelaide tahun depan.

Beliau memperoleh markah purata 85.2 peratus dalam peperiksaan pertengahan tahun pengajian asasi, dengan mendapat 96 peratus dalam perakaunan.

Wong adalah anggota Norwood Swimming Club yang telah melahirkan ramai juara Olimpik dan Paralimpik.

"Pengalaman saya belajar dan berlatih di luar negara memberi saya daya tahan dan kayakinan untuk memenangi pingat emas bagi Malaysia," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan