SUKIPT: Adi Raih Emas Pertama Kejohanan

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pingat emas pertama acara olahraga temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang membuka tirainya di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini menjadi milik atlet kebangsaan, Adi Aliffuddin Hussin dalam acara lontar peluru lelaki.

Siswa tahun keempat Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu melakukan lontaran sejauh 16.33 meter.

Pingat perak menjadi milik rakan sepasukannya Shahrin Salamat dengan lontaran 13.83 meter manakala pingat gangsa menjadi milik Tan Lit Wern dari Politeknik Melaka dengan 12.73 meter.

Jarak lontaran yang dilakukan Adi Aliffuddin ini bagaimanapun tidak mencapai jarak lontaran terbaik peribadi beliau dan juga rekod kebangsaan iaitu 17.53 meter yang dilakukan semasa Sukan SEA Vientien, Laos pada 2009.

"Pencapaian hari ini bukan catatan yang terbaik kerana faktor jadual perlawanan. Daripada pengalaman sebelum ini, acara lontar peluru berlangsung pada sebelah petang. Kalau perlawanan diadakan pada sebelah pagi kebiasaannya fizikal seseorang atlet masih kurang bersedia untuk melakukan lontaran terbaik," kata pemenang pingat perak acara yang sama di Sukan SEA Indonesia tahun lepas.

Menurut Adi Aliffuddin, berdasarkan kepada prestasi semasa, beliau berharap dapat mempertahankan pingat emas acara lontar peluru temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos bulan depan.

"Dua minggu lagi saya akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Macau sebagai sebahagian daripada persediaan sebelum berlepas ke Laos," katanya.

Kontinjen UPM turut menambah koleksi pingat emas hari ini melalui acara lompat tinggi wanita menerusi atlet pelapis kebangsaan, Norliyana Kamaruddin.

Norliyana berjaya melepasi ketinggian 1.66 meter bagi mengatasi rakan sepasukannya Wong Boon Syian dengan catatan 1.61 meter.

Pingat gangsa acara itu diraih Nor Munirah Saadon dari Universiti Malaysia Terengganu dengan catatan 1.49 meter.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian hari ini. Saya berharap dapat mewakili negara ke temasya AUG nanti dan bertekad untuk melakar kejayaan di sana," kata Norliyana.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan