MIDF Sumbang RM200,000 Kepada PGM

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menyerahkan RM200,000 kepada Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGM) sebagai tanda sokongan persatuan itu membangunkan sukan golf di Malaysia.

Sumbangan ini juga akan digunakan sebagai hadiah kemenangan sempena kejohanan PGM MIDF KLGCC Masters yang bakal berlangsung 8-11 November ini di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

Pengerusi MIDF, Tan Sri Datuk Mahmood Taib berkata, sumbangan ini sebagai tanda sokongan dalam usaha membangunkan sukan golf profesional.

"Kami juga percaya usaha ini bakal memberi faedah jangka masa panjang.

"Saya juga berbangga dengan program pembangunan pemain-pemain muda dalam bidang ini dan kami akan terus menyokong PGM untuk mencapai objektif mereka," jelasnya, Rabu.

Sementara itu, Pengerusi Jelajah PGA, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, sokongan MIDF ini memberi ruang yang lebih besar untuk merancang program yang lebih baik tahun depan.

"Semoga harapan kita untuk melihat pemain-pemain negara beraksi di Jelajah Asia, Jelajah Eropah, dan Jelajah PGA di Amerika Syarikat menjadi kenyataan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan