Malaysia Perlu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Suaian Fizikal - Ahmad Shabery - Sukan Ekstra | mStar

Malaysia Perlu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Suaian Fizikal - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara perlu melahirkan lebih ramai pakar suaian fizikal untuk membangunkan atlet yang seimbang dari segi kemahiran dan kekuatan fizikal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Bagi melahirkan atlet yang cemerlang di peringkat dunia, bukan sahaja 'skill' penting, malah kefahaman tentang suaian fizikal juga penting supaya atlet kita tidak ketinggalan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Suaian Fizikal, di sini, Isnin.

Untuk itu katanya, Institut Sukan Negara (ISN) perlu menjalankan lebih banyak program meningkatkan pengetahuan pihak berkaitan mengenai bidang tersebut, agar dapat diaplikasi bukan sahaja pada sukan berprestasi tinggi di peringkat pusat tetapi juga daerah dan negeri.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Shapawi Ismail yang turut hadir, berkata ISN kini dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pelajaran bagi menambah bilangan pakar dalam bidang tersebut, khususnya di peringkat akar umbi.

ISN kini mempunyai 11 pusat satelit di seluruh negara yang menempatkan gimnasium dan pakar sains sukan yang boleh memberi tunjuk ajar tentang suaian fizikal bukan sahaja kepada atlet, malah orang ramai, katanya.

Persidangan anjuran ISN itu bertujuan memberi pendedahan mengenai suaian fizikal yang antara lain meliputi aspek kekuatan fizikal atlet, sistem latihan, pengurangan berat badan dan penyembuhan kecederaan. Persidangan dua hari sehingga esok itu dihadiri 135 peserta yang terdiri daripada jurulatih, pengamal suaian fizikal, ahli akademik dan guru pendidikan jasmani.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan