MHC Tawar Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mempertimbang secara serius untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah Piala Dunia Hoki Lelaki 2018 di Kuantan dan Kuala Lumpur, kata presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Selepas 16 tahun kita menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002, negara tidak sabar lagi untuk menganjurkan kejohanan yang hebat ini," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Kongres Persekutuan Hoki Antarabangsa ke-43 di sini malam Jumaat.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang juga bekas presiden MHC dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia itu dua kali, pada 1975 dan 2002.

Tengku Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Najib atas sokongan beliau terhadap program pembangunan jangka panjang hoki di negara ini.

"Menerusi sokongan beliau dan peruntukan kerajaan, kita telah berjaya menjadikan hoki untuk menyuntik pengaruh yang positif dalam kalangan orang muda dan mencapai impian kita melihat lebih ramai generasi muda menceburi sukan ini," katanya.

Tengku Abdullah juga berharap perdana menteri akan terus menyokong MHC untuk membangunkan infrastruktur yang lebih baik termasuk membina lebih banyak padang hoki di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan