Atlet Pelapis Tenpin Boling Sumbang Empat Emas Buat UiTM

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet pelapis boling kebangsaan Jonathan Ding Sagan mempamerkan aksi cemerlang dengan meraih empat pingat emas buat Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi acara tenpin boling pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Pada hari terakhir acara tenpin boling yang berlangsung di Sunway Megalanes, Bandar Sunway pada Ahad, siswa dari Kuching, Sarawak itu menambah dua lagi pingat emas buat UiTM dalam acara Masters lelaki dan keseluruhan (All-Events) lelaki.

Beliau turut meraih dua pingat emas bagi acara beregu dan berpasukan lelaki serta satu pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki.

Dalam acara Masters, Jonathan berjaya mengalahkan rakan sepasukan dan juga pemain pelapis kebangsaan, Yusuf Abdul Raof dengan 238-202 dan 227-222 pada perlawanan akhir step-ladder.

Terdahulu Jonathan menundukkan Kevin Tan Hock Loong dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan 244-182 sebelum melayakkan diri ke perlawanan akhir step-ladder itu. "Satu pencapaian yang baik, saya sangat berpuas hati terutamanya apabila pertama kali menjuarai acara Masters lelaki. Saya sentiasa akan buat yang terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai tidak kira di peringkat tempatan atau antarabangsa.

"Persaingan di temasya SUKIPT ini sengit. Setiap universiti menghantar pemain yang berkebolehan dan berbakat besar serta muda," kata pemain berusia 19 tahun itu kepada pemberita.

Sementara dalam acara keseluruhan (All Events), Jonathan turut mengungguli dengan mengumpul 4,136 jatuhan pin mengatasi Kevin dengan 4,088 jatuhan pin, manakala Muhammad Amin Abdul Razak dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) di tempat ketiga dengan 4,057 jatuhan pin.

Secara keseluruhan UiTM mendominasi acara tenpin boling dengan tujuh pingat emas, empat pingat perak dan dua gangsa diikuti Kolej SEGI di tempat kedua dengan dua pingat emas dan tiga pingat perak.

UTEM di tempat ketiga dengan satu pingat emas dan dua gangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan