FIA Naikkan Yuran Kemasukan Untuk Setiap Pasukan F1 Musim Depan

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AGENSI BERITA Reuters melaporkan pasukan dalam siri Formula Satu (F1) akan dikenakan kenaikan bayaran yuran penyertaan dan kemenangan untuk musim depan yang bakal menyaksikan mereka harus membayar AS$6,000 (RM18,315) ke atas setiap mata kemenangan pada musim ini di samping caj asas berjumlah AS$500,000.

Caj baru ini diputuskan oleh badan penyelia F1, International Automobile Federation(FIA) dan diumumkan dalam laman web mereka (http://www.fia.com).

“Pemenang juara dunia 2012 untuk pasukan akan dikenakan yuran asas AS$500,000 termasuk AS$6,000 untuk setiap mata yang dipungut pada musim 2012,” kata kenyataan rasmi FIA.

Lain-lain pasukan akan turut dikenakan bayaran yuran AS$500,000 termasuk AS$5,000 untuk setiap mata yang dikutip.

Bayaran tersebut kata FIA harus dilangsaikan pada hari pendaftaran pasukan untuk musim baru nanti dan bakinya sebelum 30 November.

Yuran kemasukan untuk setiap pasukan bagi musim ini ialah Euro 309,000 (RM1.22 million) tanpa perlu membayar bagi setiap mata yang dikutip bagi musim sebelumnya.

FIA menjangkakan, yuran baru ini akan mampu menjana pendapatan tambahan sebanyak AS$16 juta.

Red Bull akan dinobatkan sebagai pemenang untuk tiga musim berturut-turut dalam perlumbaan di Abu Dhabi minggu ini jika mereka berjaya memperolehi tempat pertama.

Mereka kini mengumpul 91 mata melebihi Ferrari dan 101 mata mengatasi McLaren.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan