SUKIPT: Chui Terus Unggul Di Kolam Renang

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perenang kebangsaan Chui Lai Kwan terus unggul pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) apabila menambah empat lagi pingat emas di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini Khamis.

Pada hari ketiga acara renang hari ini, Chui yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih emas dalam acara individu wanita 400m gaya bebas, 50m kuak lentang dan 100m kuak kupu-kupu serta 4x400m gaya bebas.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian hari ini. Pada hari terakhir esok saya akan mengambil bahagian dalam empat lagi acara.

"Saya lebih yakin dengan acara individu berbanding berpasukan kerana perenang dari Universiti Malaya lebih baik. Semalam, kami juga tumpas kepada mereka dalam acara 4x200m gaya bebas," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Setakat ini, Chui meraih 10 pingat emas daripada 11 acara yang disertainya.

Selain empat acara yang dimenanginya pada Khamis, perenang berusia 21 tahun itu meraih emas dalam acara 4x200m gaya bebas, 400m rampaian, 200m kuak lentang, 50m kuak kupu-kupu, 200m gaya bebas dan 200m rampaian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan