Serah Laporan Prestasi Atlet Olimpik Bulan Ini - Ahmad Sarji

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPURL: Laporan penilaian prestasi atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik London dijangka dapat diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selewat-lewatnya pertengahan bulan ini.

Ketua kontinjen negara ke sukan itu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata laporan itu hanya dapat disiapkan dalam tempoh tersebut kerana beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan ia adil kepada atlet dan pengurus pasukan.

"Saya sudah mempunyai draf mengenai laporan tersebut namun saya perlu melakukan beberapa penambahbaikan dan memerlukan seminggu dua lagi sebelum dapat menyiapkan laporan penuh.

"InsyaAllah, pertengahan November ini laporan tersebut akan dapat diserahkan kepada MOM," katanya kepada Bernama.

Kontinjen negara yang diwakili 30 atlet menyertai tujuh acara sukan pada temasya berkenaan iaitu memanah, badminton, berbasikal, akuatik, perahu layar, menembak dan olahraga.

Pada temasya itu Ogos lepas, Malaysia hanya meraih satu pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton dan satu gangsa daripada Pandelela Rinong dalam acara 10m platform individu wanita.

Ahmad Sarji berkata pandangan daripada setiap pengurus pasukan dan jurulatih adalah penting bagi memastikan laporan tersebut adil kepada semua pihak.

"Saya tidak boleh terburu-buru menyiapkan laporan ini kerana saya memerlukan pandangan daripada jurulatih dan pengurus pasukan.

"Sekiranya saya menulis sendiri laporan ini, ia tidak akan mendatangkan sebarang faedah," katanya.

Berdasarkan laporan awal yang diterimanya, beliau berkata sebanyak lima acara sukan berpeluang cerah merangkul pingat pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil iaitu badminton, terjun, berbasikal, memanah dan lawan pedang.

"Pencapaian negara di Sukan Olimpik London mengatasi pencapaian pada temasya terdahulu kerana sesetengah atlet kita berjaya melepasi pusingan kelayakan dan sebagainya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan