Tawaran Biasiswa Cetus Semangat Atlet Pada Temasya SUKIPT

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tawaran biasiswa untuk pemenang pingat emas akan mencetuskan semangat lebih 5,000 atlet untuk memburu kejayaan pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang dirasmikan di sini pada Ahad.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, ketika merasmikan temasya tersebut di Stadium UiTM di sini, berkata tawaran biasiswa akan diberikan bagi menggalakkan mahasiswa berusaha lebih gigih dalam mencipta kecemerlangan.

Temasya sukan disertai 101 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) , IPT swasta dan kolej komuniti dan menawarkan 165 butir emas, 165 perak dan 208 gangsa dalam 15 acara.

Temasya itu akan berlangsung sehingga 11 Nov ini.

Majlis pembukaan dimulakan dengan perarakan oleh 101 buah IPT yang akan berentap bagi merebut mahkota kejuaraan SUKIPT 2012 diikuti dengan gimik pelancaran percikan bunga api.

Kemudian majlis dimeriahkan dengan nyalaan obor oleh ratu terjun negara Pandelela Rinong serta larian obor oleh seorang lagi atlet terjun Bryan Nickson Lomas serta atlet wushu, Chai Fong Ying.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan