Pusingan Akhir Yang Baik Untuk Chia Dan Shaaban

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah terumbang-ambing las bermain di pusingan sebelumnya, pemain profesional utama negara Danny Chia berjaya menonjolkan keputusan baik di pusingan akhir Kejohanan CIMB Classic 2012.

Selepas menghadapi kesukaran pada pusingan kedua dan ketiga, Chia kembali memaparkan persembahan baik dengan merakamkan empat bawah par 67 pada pusingan akhir untuk jumlah tiga di bawah par 281 dan menduduki tempat ke-43.

Atas pencapaian itu, Chia menerima US$45,000 (RM136,760).

"Hari ini dirasakan berbeza. Saya katakan kepada diri terima sahaja apa yang ada dalam permainan dan saya bermain baik. Hari ini dirasakan lebih daripada membanggakan. Seburuk-buruknya, saya mahu berakhir di bawah par sebagai bukti bahawa saya boleh bermain minggu ini.

"Saya boleh biarkannya (keputusan) mengganggu sepanjang kerjaya saya, tetapi memilih melupakannya dan mulakan balik semula. Saya masih boleh membuat pukulan dengan baik. Ini sesuatu yang positif," kata Chia menduduki tempat ke-13 pada edisi tahun lepas.

Bagi Shaaban Hussin pula, beliau gembira kerana memperoleh keputusan yang lebih baik selepas mencatatkan tiga bawah 68 dengan jumlah terkumpul satu di atas par 285.

Selepas menamatkan kempennya, Shaaban menerima US$41,000 (RM127,600 selepas terikat di tempat ke-47 bersama pemain Australia, Scott Hend.

"Saya sungguh gembira. Segalanya menjadi seperti yang saya mahukan. Permainan singkat dan pukulan saya sangat cantik.

"Saya masih boleh memperoleh mata. Tiada tekanan ke atas saya minggu ini.

Saya tidak sangka boleh bermain dengan baik dalam keadaan bahu saya begini," kata Shaaban, yang pada hari pertama mahu menarik diri kerana kecederaan pada bahu kiri.

Katanya beliau akan berehat buat seketika sebelum menyertai Kejohanan Terbuka Singapura dari 8 hingga 11 Nov ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan