Piala Tun Razak: Terengganu Muncul Juara Benam Pahang 3-0

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Terengganu muncul juara Kejohanan Hoki Piala Tun Razak edisi ke-50 apabila menang bergaya dengan menumpaskan tuan rumah Pahang 3-0 sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000.

Terengganu bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit pertama hasil jaringan padang Mohd Firhan Asha'ri.

Pahang yang mendapat tiga pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama pula gagal memanfaatkan peluang itu selepas penjaga gol lawan Muhammad Hafizuddin Othman berjaya menepis kesemua pukulan itu.

Separuh masa kedua menyaksikan asakan bertubi-tubi oleh kedua-dua pasukan sebelum Terengganu berjaya menyumbat gol kedua menerusi jaringan cantik Faizal Saari pada minit ke-41 hasil hantaran silang Mohd Fitri Shaari di sudut kanan pintu gol.

Pasukan Terengganu terus meninggalkan Pahang apabila jaringan Mohd Fitri Saari pada minit ke-50 gagal ditepis penjaga gol Khairul Nizam Ibrahim.

Juara tahun lalu, Kuala Lumpur hanya mampu menduduki tempat ketiga apabila membenam Negeri Sembilan 8-4.

Gol Kuala Lumpur dijaringkan oleh Chua Boon Huat (minit ke-3, 8 dan 20), MuhammadRazie Abd Rahim (minit ke-34, 40, 44 dan 56) dan Mohd Shamim Mohd Yusoff minit ke-57.

Negeri Sembilan pula mendapat gol hasil jaringan Dangerous Lee (minit ke-35, 49 dan52) dan Muhd Ikhwan Ishak pada minit ke-70.

Sementara itu, pada perlawanan akhir Divisyen 2 menyaksikan Melaka muncul juara selepas menang tipis ke atas Selangor dengan jaringan 5-4.

Gol Melaka dijaringkan Mohd Hafizuddin Md Desa (minit ke-13 dan 43), Amirullah Zainol (minit ke-23, 54 dan 63), manakala gol Selangor pula dijaringkan Muhammad Noor Faeez Ibrahim (minit ke-2), Muhammad Amirrullah Abdul Aziz (minit ke-10) dan Mohd Redza Maadun (minit ke-30). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan