500 Pemain Muda Sertai Kejohanan Golf Dunia

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 pemain dari lebih 50 negara dijangka menyertai kejohanan Kids Golf World Championship Malaysia (KGWC) 2012 yang dijadual berlangsung dari 3 hingga 7 Disember ini.

Diadakan di Glenmarie Golf & Country Club dan Saujana Golf & Country Club di Subang, KGWC merupakan versi antarabangsa United States (US) Kids Golf, acara golf tahunan berprestij bagi mereka berusia antara lima dan 18 tahun.

Dalam kenyataannya, Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) berkata kejohanan itu, yang julung kali diadakan di Asia, dijangka menarik penyertaan 2,500 pelancong antarabangsa dan menjana pendapatan RM38 juta untuk Malaysia.

KGWC lahir daripada US Kids Golf Foundation yang ditubuhkan pada 2001 untuk memberi platform kepada kanak-kanak dan keluarga mereka menyertai permainan golf melalui tunjuk ajar dan kejohanan.

Dianjurkan Royal Sporting House (Malaysia) Sdn Bhd dan diurus Concept Collaboration Sdn Bhd, kejohanan ini mendapat pengiktirafan Persatuan Golf Malaysia, badan pengelola golf di negara ini.

Kejohanan ini juga bertujuan menolak persepsi umum bahawa golf adalah permainan untuk golongan elit dan berada. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan